THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday 16 October 2011

ZURIARTS EP KESAKITAN ABADI (TARD 11)




ZURIARTS yang mempertengahkan irama Melodic Black/Death Metal ini mula di tubuhkan oleh Shah Disaster (X-Basis band old school Thrash Metal dari Taiping iaitu VIOLATOR) pada bulan april 2004 di Seremban N.Sembilan. Pada masa itu, Zuriarts hanya ada satu-satunya anggota tetap iaitu Shah sendiri dan zuriarts dilengkapi oleh ahli jemputan yang telah mempunyai band sendiri. Zuriarts pada masa itu di anggotai oleh :-

Shah Disaster – Lead Gitar & vocal
Nuar                - Drum
Az                    - Bass
Mann               - Gitar

Di awal penubuhan, Zuriarts banyak membawa lagu cover dari Athotorgh, Iron Maiden, Slayer, Cradle Of Filth, Langsuyr, Hayagriva dan lain- lain lagi. Zuriarts juga pada masa itu telah mempunyai lagu sendiri ciptaan Shah Disaster yang bertajuk Dead To Hell. Pada 2hb Mei 2004, Zuriarts telah beraksi dalam sebuah gig anjuran saudara Padil (Haggard) di Little Havana Club, Bukit Bintang bersama dengan band yang telah mencipta nama iaitu The Hidden, Dark Nirrajim, Halun, Natas, Farasu & lain – lain lagi. Zuriarts telah menyumbangkan 4 buah lagu iaitu 3 buah lagu cover dari Athotorgh (beyond the serpent scream), Slayer (mandatory suicide) dan Misfits (death come ripping) dan 1 lagu sendiri yang juga telah menaikkan nama zuriarts bertajuk Dead To Hell. Secara tidak langsung dari gig tersebut, Zuriarts telah mengeluarkan material pertama iaitu ZURIARTS – PROMO REHERSAL VCD LIVE in GIG 04…

Pada tahun 2005, Shah telah kembali ke kampung halaman iaitu Taiping, perak dan mencari ahli baru untuk berjuang bersama zuriarts. Akhirnya bertemu dengan beberapa ahli dan juga telah mengeluarkan EP pertama zuriarts pada tahun 2006 yang bertajuk ZURIARTS – Arrival Of The Dark Descent EP`06.

Ahli Zuriarts tersebut adalah :-

Shah    - Lead Gitar & Vocal
Fizie     - Drum
Ally      - Gitar
Epiet    - Bass

Pada 2008, Shah terpaksa mencari ahli-ahli baru semula untuk melengkapi Zuriarts kerana ahli yang sedia ada terpaksa tarik diri kerana kerja dan tugas masing-masing yang perlu di beri sepenuh perhatian. Dengan perkenalan antara Shah dan saudara Azil, beliau telah membantu mencari ahli baru untuk zuriarts dan mereka semua menetap di Pulau Pinang. Dengan ahli baru ini juga, berlaku pertukaran posisi dalam permainan instrument.

Ahli terkini Zuriarts :-

Shah    - Bass & Vocal
Azil      - Lead Gitar
Amir    - Gitar
Mizal   - Drum
Yon     - Keyboard

Dengan ahli yang ada, zuriarts mula mengembangkan kembali nama. Pada tahun 2009, Zuriarts telah mengeluar kan album split bersama band SYMPHONY OF BLACK SCULPTURE dari negara jiran iaitu Thailand bertajuk ZURIARTS/ SYMPHONY OF BLACK SCULPTURE -  Satanity Diabolical Siamese Malaysian Unholy Split. Dan split tersebut di rilis di bawah label Mutilationary Records dari negara tersebut. Sepanjang pembabitan, Zuriarts juga telah terlibat dengan beberapa album kompilasi dan telah beraksi di beberapa gig yg terdapat di Malaysia.


Hubungi Shah Zuriarts di :

E-mail :  Zuriarts@yahoo.com
Facebook         :  Shah Zuriarts





DAPATKAN 'KESAKITAN ABADI' KINI HANYA DI TROOPER ART REGIME DISTRO
DENGAN HARGA MAMPU MILIK DAN HAK MILIK KEKAL!!!
RM23.00 BY POST
RM20.00 BY HAND

CALL: 012-6429431 (DANI)
        : 012-5371675 (MAN)

SUPPORT OUR LOCAL BAND!!! 
NO FUCKING RIP OFF!!!

0 comments: