THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 24 December 2011

HIDING FEAR Dark Pleasure Of Imagination (TARD 14)




HIDING FEAR merupakan sebuah band yang berasal dari KUALA LIPIS, PAHANG. 2008 adalah tahun HIDING FEAR ini ditubuhkan. Antara band yang menjadi pengaruh utama mereka pada awal kemunculan adalah SLAYER, KREATOR, MORBID ANGEL dan SODOM sebelum mereka berivolusi dengan pelbagai band-band thrash yang lain. Demo pertama mereka yang berjudul Dark pleasure Of Imagination terbitan Evil Institution Record telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2010. Kisah demo ini lebih kepada tekanan perasaan, pembunuhan kejam dan aktiviti diluar tabii manusia yang normal yang cuma hadir dalam ilusi manusia yang sentiasa berangan untuk melakukan kejahatan namun tidak ada realitinya!!!. Kini, demo ini diterbitkan semula oleh TROOPER ART REGIME DISTRO (Setelah menjalani proses Mixing semula). Ep pertama mereka akan dikeluarkan dalam tahun 2012 sekiranya segalanya berjalan lancar.

  Secara peribadinya, HIDING FEAR merupakan sebuah band yang mampu bergerak lebih jauh didalam industri muzik berat di negara ini. Kerana mereka sentiasa mencari sesuatu yang berbeza didalam penulisan setiap lagu-lagu dari mereka. Dan seharusnya, sokongan yang jitu harus diberikan perhatian terhadap mereka ini.. Tiga anak muda yang cukup berhati-hati dengan setiap penghasilan lagu-lagu mereka.

Line Up:
-Amat: Guitar
-Abe: Vokal
-Nafi: Drum

Antara lagu-lagu yang terdapat di dalam demo ini adalah:
1) Pleasure Of Imagination (Intro)
2) Athen's Night With Knife
3) Ghost Of....
4) From Asylum With Terror
5) Phobia (KREATOR Cover)
6) It's Inside Me (Outro)

"Where Ever Man Walk, I Shall Walk Again!!!"


~We Rise Through The Wafe,
 Set Fire To The Skies,
 We Are Pure Madness,
 HIDING FEAR!!!




:Disediakan Oleh MAN RABAXX


Dapatkan Demo HIDING FEAR segera!!! Dengan harga yang teramat mampu untuk anda milikinya..RM12.00 (Free Postage). Sokongan Anda amat diperlukan!!!!

Hubungi segera:
-MAN RABAXX: 012-5371675
-ROCK ANGEL: 012-6429431

Remember this, NO FUCKING RIP OFF!!!!

DEMONIFICATION Espionage Of His Messengers (TARD 13)




 DEMONIFICATION ditubuhkan di SINGAPORE pada tahun 1997 oleh pengasasnya Fai Sall. Mereka banyak di pengaruhi oleh band-band seperti SODOM, KREATOR, DESRUCTION, SADUS, WHIPLASH, MEGADETH, MOTOHEAD, SABBAT, ABHORER dan IMPIETY. Mengklasifikasi muzik mereka sebagai Thrash Metal adalah amat tepat sekali!!!. Antara rilisan yang berjaya mereka keluarkan adalah:

-The Holocaust Continues: Ep 2003
-Hell Metal: Full Length 2004
-Bonded By Siamese Hellfires: Split With IRONFIST 2006

 Band ini hampir dibubarkan namun semangat yang kental tidak pernah padam. Dan kerana itu lahirlah "Espionage Of His Messengers" Yang mengandungi 8 track termasuk 1 track bonus khas untuk pasaran di MALAYSIA. Antara lagu-lagu yang terdapat didalam Ep ini adalah seperti berikut:

-Intro I Am God Worship Me
-The Rebirth Of Mankind
-Espionage Of His Messengers
-Air Mata Hawa
-Molten Lava
-The Minds Of Neolithic
-I Am Not God
-Destroyer Of Saba (Inst)-Bonus

Line Up:
-Fai Sall: Vox/ Guitar
-J.Rage: Drums
-Thoth Saitan: Bass



:Disediakan Oleh MAN RABAXX

Dapatkan Ep mereka di TROOPER ART REGIME DISTRO. Ini adalah keluaran yang ke-13 dari kami sejak TARD ditubuhkan. Anda boleh berhubung terus ke..

-MAN RABAXX: 012-5371675
-ROCK ANGEL: 012-6429431


Seperti biasa NO FUCKING RIP OFF!!!