THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday 31 December 2012

Total Metal Extreme 2012 (Review)


Gig kali ini dianjurkan oleh Trooper Art Regime Distro dengan kerjasama MKB Studio Bangi.Sesi sound check bermula pada pukul 1.00 sehingga 3.30 petang selepas krew-krew menyiapkan segala instrument. Crowd mula membanjiri kaunter tiket dan 20 orang pertama yang membeli tiket telah dijanjikan mendapat CD percuma dari band Ifrid, Nosferiel dan Inside.

 Selepas sesi soundcheck, gig diteruskan tanpa membuang masa. MC hari ini yang ditugaskan adalah Rock Angel dari pihak penganjur sendiri. Black Seed yang berasal dari Melaka band berkonsepkan thrash metal tanpa membuang masa menjadi band pembukaan pada hari itu. Tampil bersama 4 orang anggota line up Amy –vokal/gitar, Basry Snakepits –gitar, Cliff Hail-bass  dan Apiz Madness-drum) melontarkan 3 buah lagu sendiri bertajuk Destroy ‘em All, , United for Thrash dan Blood Nation
 Penulis terhidu pengaruh-pengaruh dari Sodom, Angel Witch, Hirax dan Destruction dalam sound-sound mereka namun tetap diadunkan dengan cara yang sendiri. Crowd tidak lagi membuang masa headbanging secara berterusan dan tanpa mengenal erti penat. Selain lagu sendiri, mereka turut mendendangkan 3 buah lagu cover iaitu Headbanger dari Battalion serta Metallica iaitu Metal Militia dan Seek and Destroy yang benar-benar membuat crowd semakin menggila. Lagu-lagu cover didendangkan sebaik mungkin. Terpancar kepuasan dimuka-muka crowd yang pertama kali melihat mereka beraksi. Band pembukaan yang cukup menyelerakan. Namun ini masih belum cukup.  
Apabila MC mengumumkan Slaydeath sebagai band seterusnya sorakan dari crowd terus bergema mengegarkan MKB Studio yang teruja untuk melihat band ini beraksi. Ini adalah kemunculan pertama Slaydeath yang berasal dari Bangsar Kuala Lumpur dianggotai oleh Dx Zahit -vokal , Black-gitar , Wai -bass dan Angah-Drum. Selepas melakukan set up dalam beberapa minit band ini melontarkan 3 buah lagu dipetik dari demo mereka berjudul We Hate War iaitu Kingdom of Cruelty, Your Hypocritical dan We Hate War yang mengalukan irama thrash/death metal bertemakan anti peperangan yang perlu dipertikaikan lagi untuk menarik perhatian crowd untuk headbanging. Vokalis juga melontarkan suaranya semaksimum mungkin seperti yang didengar dalam cd demo mereka tanpa ”pancit” langsung. Pada saat ni aksi menjulang mula dilakukan oleh crowd sebagai tanda mereka enjoy persembahan termasuk aksi belanggar antara satu sama lain. Slaydeath turut mendendangkan 2 buah lagu baru yang akan dirakamkan tidak lama lagi iaitu Death Clay of The Love dan Rowdy Cruel yang sememangnya tidak jauh berbeza dari seleksi mereka sebelum ini namun masih tetap menghiburkan dengan alunan irama keras yang tiada dipertikaikan lagi keasyikannya

Bestial Hellcult yang berasal dari Senawang Negeri Sembilan tampil dengan 3 anggota tanpa pemain bass terdiri daripada Hellxastor- vocal, Hammer Beast –Drum dan Matt Hatred –gitar. Namun ketiadaan pemain bass tidak mencacatkan persembahan mereka dan mereka memberikan persembahan mereka sebaik mungkin. Tampil lengkap dengan bullet belt dan war-paint mendendangkan 1 intro berjudul – Evil Destruction dan 3 buah lagu yang termasuk dari promo rehearsel mereka iaitu Vonblood Goat Torment, Blood Blasphemy dan Unholy Satanik War.Penulis terhidu pengaruh-pengaruh seperti, Sadomator Blasphemy, Von, Goat Torment, Diocleation (sekadar contoh) yang sememangnya berteraskan irama black metal diadunkan death metal yang mementingkan paluan drum seperti peluru bertalu dari machine gun. Padu berat dan lontaran irama yang cukup kejam tanpa sebarang melodik indah. Band ini boleh pergi jauh jika terus serius dan terus merekod material mereka dimasa akan datang.
Band keempat yang membuat persembahan pada hari ini ada G.O.D.A dari Shah Alam. Dibarisi oleh 5 anggota tentera iaitu Daeng Berjuang, JY, Abib, Osman dan Amer mendedangkan irama death metal yang cukup berat dan kelihatan sedikit teknikal dan progresif dari segi riffing-riffing mereka yang menghasilkan versatile. Walaupun mendendangkan 4 buah lagu yang termasuk dipetik dari release mereka bertajuk Pure Hate and Anger iaitu, Si Chaling, Kaperon , Sakhlat dan As Suja namun boleh dikatakan lagu-lagu mereka berdurasi panjang yang memberikan kepuasan maksimum kepada  crowd untuk headbanging tanpa henti. Vokalisnya mempunyai aura yang hebat melontarkan vocal yang cukup kejam dan betul-betul menghayati irama mereka . Sesuatu persembahan yang cukup menarik dan menghiburkan.
Puakerysm dari Rawang mengambil tempat selepas G.O.D.A tampil dengan 4 orang line up iaitu Zan-vokal, Ijai-gitar, R-Man-Bass dan Adhy-Drum. Mereka mendendangkan 3 lagu sendiri berteraskan irama thrash metal termasuk sebuah lagu dari promo mereka yang turut diselitkan dalam kompilasi Born in Darkness vol.4 dan lagu yang dipetik dari release mereka akan datang iaitu Why Do Yo Evil So, Conspiracy of Madness dan Curse of Dragon. Mereka turut menyelitkan cover-cover yang sememangnya mengembalikan keremajaan crowd-crowd yang hadir dari Heloisa iaitu At Dawn They Arrive,  Motorhead iaitu Ironfist serta Athotorgh iaitu Beyond The Serpent Scream yang tidak lagi asing peminat muzik metal tempatan.
Bagi memeriahkan suasana pihak penganjur turut memberikan hadiah secara misteri crowd yang hadir sebelum persembahan band-band diteruskan. Kali ini Silent’dra dari Cheras Kuala Lumpur terdiri dari 6 orang anak muda iaitu Ajam-gitar, Asyid-gitar, Faidhi-bassist, Zizul –vocal, Akhmal – keyboard dan Ayep –drum tidak menghampakan crowd yang ada. Walaupun masih muda namun irama melodic/symphonic black/death metal mereka sememangnya agresif , mantap dan bertenaga seperti band-band yang berpengalaman. Setlist mereka hari ini terdiri daripada Intro, Eschaton, The Triangle of Tragedy, I Seek Your Oath, Progenies The Great Apocalypse (Dimmu Borgir) dan Wake Up Aiyuhannas.  
Logam dari Johor Bahru berteraskan irama speed/power/thrash metal terdiri empat lineup Swordist, Zwar, Dean dan Lanloq tidak lagi perlu diperkenalkan. Memulakan setlist mereka dengan cover dari Iced Earth- Violate tanpa disuruh crowd terus headbanging secara automatik. Diteruskan lagi lagu-lagu Burn Baby Burn, The Rage, Peluru Sesat, Metal Souls  dan M.A.D yang dipetik full lenght mereka – The Murder Artist  sememangnya menyebabkan crowd tidak berganjak dari tempat mereka untuk menghayati irama dari Logam. Sound yang ditampilakn oleh mereka dikatakan antara yang terbaik pada hari itu. Logam mengakhiri setlist mereka dengan cover dari Megadeth –Tornando of Souls menyebabkan crowd meminta lagi seperti tidak puas namun terpaksa dihentikan bagi menghormati azan waktu Maghrib. 
Selepas berehat dalam 20 minit, Atrocious sebuah band black metal dari Johor Bahru yang tidak asing lagi mengambil tempat. Band ini tampil lengkap dengan corpse paint, war paint dan bullet belt yang terdiri daripada Azmi, Amar ,Otai dan Wak Leh . Walaupun tanpa kehadiran pemain keyboard namun tidak mencacatkan persembahan mereka terutamnya vokalis/gitarisnya Azmi yang sememangnya benar-benar bertenaga dan lantang bersuara diatas pentas. Crowd yang masih berada diluar terus meluru masuk supaya tidak ketinggalan persembahan mereka. Hari ini  Atrocious mendendangkan 5 buah lagu sendiri berjudul Sign of Darkness, Storm of Armageddon, Brave of Victory, Voice of War dan 13th Blood Masscare. Secara peribadi walaupun penulis telah melihat berkali persembahan mereka namun persembahan mereka tidak pernah mengecewakan kerana setiap kali tampil Atrocious tampil dengan gimik yang berbeza. Benar-benar mengujakan penulis dan crowd yang hadir.

Tragic Awakening dari Gombak Selangor selepas itu menyusul  tanpa membuang masa memulakan setlist mereka. Menampilkan 2 orang vokal iaitu Bob dan Bagok sememangnya memberikan kelainan daripada band-band lain pada hari itu. Walaupun mereka menampilkan metalcore sebagai asas muzik mereka dari pemerhatian penulis band ini turut bereksperimen dengan irama death metal secara progresif dalam muzik pembawaan muzik mereka. Terbukti crowd-crowd yang kebanyakannya terdiri dari peminat muzik metal tepu enjoy berheadbanging dengan persembahan mereka. Setlist mereka hari itu selain mendendangkan lagu sendiri turut menampilkan lagu cover dari Arch Enemy. Lagu-lagu tersebut adalah Burning Angel, Axis of Justice, Unncontrolled, Living in Lie dan Hypocrite. Di harap band ini dapat melahirkan material mereka secepat mungkin.

Antaboga band berkonsepkan irama Mystical Black Metal dari Selangor tampil dengan imej yang cukup menyeramkan terdiri daripada Bartbarah-bass, Lumania –drum dan Hantu Kepalang. Walaupun terdapat masalah teknikal pada awalnya namun masalah ini telah ditangani dengan baik oleh krew terutamanya Moon Laknat (Santau). Antaboga meneruskan persembahan mereka menyalurkan irama mistik dan seram dikalangan crowd dengan lagu-lagu seperti Purnama Si Roh, Dukun,Shita Laknat, Jannazah dan Panji Timur Hitam. Crowd seolah-olah tidak penat malah membuat bulatan dan berheadbanging ditengah-tengah . Benar-benar menghayati persembahan Antaboga.

Sejurus Antaboga mengakhiri setlist mereka, Ajal band Eastern Black Metal dari Kuala Lumpur tampil sebagai band penutup pada hari tersebut. Tampil dengan 5 orang anggota memulakan setlist mereka dengan lampu dipadamkan dan mengalunkan intro seram berjudul Suara dari Kubur. Setlist mereka diteruskan dengan lagu dari release mereka yang terbaru berjudul Jannarakah iaitu Amukan Keris Pusaka, Mesiah Palsu, Perjuangan Jihad. Crowd kebanyakan masih tidak berundur dari pentas .Ajal terus mendendangkan 2 buah lagu lama dari demo mereka iaitu  Ajal Tiba Bila Seruan Menjelma dan Susuk Kheramat sebelum mengakhiri setlist mereka.

Secara ringkasnya sambutan gig ini amat memberangsangkan walaupun pada hari tersebut berselisih dengan beberapa event yang lain. Namun pihak penganjur tidak pernah gentar dengan cabaran tersebut kerana pihak penganjur percaya dengan usaha-usaha yang giat dijalankan untuk mempromosikan gig ini. Terima kasih kepada band-band terlibat, crowd-crowd yang hadir terutamanya KL Headbangers yang benar-benar menggila, serta crew-crew terlibat sebelum dan semasa gig ini dijalankan. Semoga usaha-usaha untuk memeriahkan scene, membuka peluang dan ruang untuk band-band menonjolkan bakat tanpa melalui amalan kronisme diteruskan dari semasa ke semasa. Insyallah dimurahkan rezeki kita bertemu di tahun hadapan di Total Metal Extreme - Revenge!!!

Disediakan oleh : Man Rabaxx (Trooper Art Regime Distro)