THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday 19 August 2013

Trooper Art Regime Zine # 1


Trooper Art Regime Zine # 1 adalah merupakan kelahiran sulung zine (d.i.y) di bawah Trooper Art Regime Distro. Idea untuk menghasilkan zine ini telah lama timbul namun baru kini dapat direalisasikan. Secara ringkasnya zine ini -

1) Menampilkan temuramah bersama:
-MU-ARU (Muar Black/Death)
-HIDING FEAR (Kuala Lipis Death/Thrash Metal)
- HALUN (KL Gothic/Black Death Metal)
- PENGUASA ANJING ( Penampang Crust/D-beat/Punk)
- TORTURE SQUAD (Brazil Thrash Metal),
- HANATOR ( Kota Kinabalu Eastern Death Metal)
-SLAYDEATH (Bangsar Thrash/Death Metal)
2) Bentuk : A5 full color printed.
3) Mengandungi beberapa review band tempatan dan perkembangan ringkas terkini band-band di Malaysia
4) Disertakan free CD – 10 track didalamnya.
5) Harga: RM10 by hand/RM13 by post seluruh Malaysia.
6) Bahasa: Melayu dan Inggeris
7) Contact: Dani (0126429431) / Man (0125371675) atau melalui laman facebook DI SINI :

Thursday 11 July 2013

Bvrtan/Triumph Ov Fire - Nightside Eclipse -Split (TARD 25)


Bvrtan (Buruh Tani) adalah sebuah band black metal bertemakan kehidupan, aktiviti, misteri dan kesengsaraan golongan petani yang berasal  dari Depok Jawa Timur Indonesia ditubuhkan sekitar tahun 2011. Band ini dianggotai oleh Pak Kades (vocal), Tvkang Pacvl (Drum) dan Kvli Arit (Bass) amat aktif dalam menghasilkan material.


Sehingga kini material/release yang telah dihasilkan adalah seperti berikut:

1) 2011 - Savvah Penderitaan -Single
2) 2011 - Sartinem (Bvrtan vs Taake) -Split
3) 2011 - Pemuja Sawah Tebu -EP
4) 2011 - Koperasi Kegelapan -EP
5) 2011- Sartinem -EP
6) 2011 - Pesta Hitam Rakyat Kegelapan - Split
7) 2012 - Savvah Penderitaan - Full Length
8) 2012- Bvrtan/Straight Answer - Split
9) 2012 -Meranaers, Nelongsoers, Nesvers - Full Length
10) 2013 -Kvmpvlan Jeritan Derita Jiwa dan Raga -Compilation
11) 2013 - Derita Rocker Kampvngan - Split.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai band ini bolehlah merujuk kepada laman facebook mereka DISINI.


Sementara Triumph Ov Fire band yang berkonsepkan Melodic Black Metal berasal dari Sungai Udang Melaka ditubuhkan pada tahun 2010. Band ini kini aktif dalam mengadakan tour di Indonesia dan sehingga kini dalam proses melahirkan Full Length mereka yang pertama yang masih belum diberikan judul. Band ini dianggotai oleh :


Rock Angel - Mouthpiece Summoning ov Horror (Vocal)
Erik666- Ravening Black Masscare - (Gitar)
Tetrasiel- Darkness Rhythm Heart- (Gitar)
Jaadi - Darkhat Northurn Manifesto (Bass)
Black Orchivus- Key Ov Thy Damnation (Keyboard)
Leviathan - Inferno Hellhammer - (Drum).

Maklumat lanjut mengenai Triumph Ov Fire boleh dirujuk DISINI



Sehingga kini mereka telah menghasilkan beberapa material seperti:

1- 2010- Promo - Story Ov Your Roses And Meditation - 
2- 2010- Sounds Of Anastasha Compilation -
3- 2010- In The Name Of Black Principle - (Ist Mini E.P) - 
4- 2011- Where The Journey Begins - (Dvd) - 
5- 2011- Born In Darkness Compilation Vol.4 
6- 2011- 2nd Edition 1st Ep In The Name Of Black Principle 
7- 2013 - In The Name of Black Principle (Fuck The Industry Japan) - Cd and Tape Version
8- 2012- Sathanic Holocaust Trooper Compilation (Qalaqas Black Art Production)

9- 2012- Triumph Ov Fire (Live In Hell City )


Split Bvrtan /Triumph Ov Fire adalah release terkini bagi kedua-dua band yang telah direalisasikan oleh label Trooper Art Regime pada 10 Julai 2013. Tujuan split ini dilahirkan adalah sebagai tanda perhubungan persahabatan yang terjalin di antara dua negara (Malaysia dan Indonesia) dan sebagai menghormati perjuangan band masing-masing walaupun cara serta klasifikasi muzik adalah berbeza (walaupun dalam genre black metal). Perbezaan tersebut bukanlah halangan bagi kedua-dua band untuk bekerjasama malah perbezaan tersebut mewujudkan rasa hormat antara satu sama lain.


Split ini memuatkan 14 track keseluruhan (Bvrtan/ Triumph Ov Fire masing-masing menyumbangkan 7 track. Split ini turut mempertaruhkan 2 buah lagu terbaru Triumph Ov Fire yang bakal dimuatkan dalam full lenght mereka . Susunan track untuk split ini adalah seperti berikut.

01-Enchanted Beauty Ov Divinity -Triumph Ov Fire
02 -Pacvl Pvsaka Dari Pak Kades - Bvrtan
03 - In The Name Of Black Principal - Triumph Ov Fire
04 - Lvka Hati Seorang Ketva Kelompencapir - Bvrtan
05- Haunted  Wood - Triumph Ov Fire
06-  Derita Sartinem Istri Bvrvh Tani Yang Menjadi TKW part I-Bvrtan
07 - Circle Ov The Tyrant - Triumph Ov Fire
08 - Menantv Biadab Dari Neraka Yang Sangat Dimvsvhi Ibv Mertva- Bvrtan
09 - Story Ov Rose - Triumph Ov Fire
10 - Tragedi Kegelapan Dalam Serangan Tikvs Ke Sawah Kami-Bvrtan
11-  Intro 2013 (New Song) - Triumph Ov Fire
12 -Tengkvlak Biadab Dari Neraka - Bvrtan
13 -The True Triumph Ov Fire (New Song) - Triumph Ov Fire
14 -Koperasi Kegelapan Yang Memonopoli Ekonomi Pedesaan - Bvrtan


Untuk 50 orang pembeli utama akan mendapat mini poster secara percuma. Split ini boleh di dapati dengan harga RM 25.00 (termasuk kos postage seluruh Malaysia). Untuk mendapatkannya boleh menghubungi Man Rabaxx (012-5371675) atau Rock Angel (012-6429431) dengan kadar segera sebelum kehabisan stock. Bagi peminat terutama pengemar muzik black metal ini adalah release untuk anda jadikan koleksi emas anda..

Wednesday 10 July 2013

Diemocrusht - Kill Dictator (Mini EP)


Diemocrusht sebuah band dari Pasir Gudang Johor berkonsepkan death metal ini telah melahirkan demo mereka berjudul Lubang Api pada tahun 2011. Band ini dianggotai oleh barisan pejuang tegar terdiri daripada Rafi (Dram), Ilm (Gitar), Meedi (Gitar) dan Kill (Bass dan Vocal). Untuk maklumat lanjut, Diemocrusht boleh dihubungi di Facbook mereka DISINI

Kesinambungan perjuangan mereka diteruskan dengan lahirnya Mini EP berjudul Kill Dictator. Album mini ep ini memuatkan 4 track yang kemas dari segi penyusunan muzik iaitu
1) Kill
2) Untill I Die
3) Bloodsucker
4) Kill Dictator, Fuck You Go To Hell.

Mini EP ini dikeluarkan oleh Middle Finger Production dan turut didistrokan di Trooper Art Regime sebagai usaha berterusan membantu band-band tempatan.

 Mini EP ini hanya berharga RM15.00 (termasuk kos postage seluruh Malaysia). Berminat boleh menghubungi Man Rabaxx (0125371675) atau Dani (0126429431) sebelum kehabisan. Support our local act!

Tuesday 9 July 2013

TARD 24: Hafyukal - Sumangat Tok Janggut (EP)


Band yang berkonsepkan Culturalisca Folk Metal  dianggotai oleh Panglima Kandak (Vocal/Bass), Panglima Dewata (Gitar) dan Panglima Sireh (Dram). Hafyukal secara amnya telah melahirkan material seperti berikut:

1) Promo - Amalan Pemandian Keris - 2012
2) Split  - Hafyukal vs Harlotnymph  -Pertempuran Daeng - 2013
3)  EP  - Sumangat Tok Janggut  - 2013


EP ni telah dikeluarkan dalam bentuk CD oleh label kami. EP ini mengandungi 4 track iaitu:

1) Introduction
2) Amalan Pemandian Keris
3) Sumangat Tok Janggut
4) Perjalanan Saudara.

Rakaman vocal bagi EP ini telah dilakukan di Mayhem Studio Subang dan Hafyukal boleh dihubungi melalui email mereka hayfukal@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Bagi mendapatkan EP ini pula boleh berhubung dengan MAN RABAXX atau ROCK ANGEL dengan harga RM13.00 (tambah RM5.00 untuk kos postage seluruh Malaysia)

TARD 23: Etherial - Nustrany (Blasphemy)

Etherial sebuah band raw black metal tertua di Jasin Melaka yang lahir pada tahun 1995. Band ini telah melahirkan  demo rehearsal mereka yang pertama pada tahun 1997 berjudul Rihulahmat. Seterusnya pada tahun 1998 mengeluarkan demo berjudul Painland . Namun mula menyepikan diri seketika disebabkan pertukaran lineup dan komitmen lain yang perlu diutamakan.

Setelah sekian lama mendiamkan diri mereka mereka melahirkan material yang seterusnya berjudul  " In The Name pada tahun 2009.  Selepas itu Etherial -Nustrany (Blasphemy) telah dilahirkan oleh Music Garage Production pada tahun 2010 sebagai kesinambungan mereka dalam muzik bawah tanah.


Barisan pejuang terkini untuk Etherial terdiri daripada:
Modgan (Vocal/Gitar)
Lunatic Butcher (Bass)
Thor Hammer (Drum)


Memandangkan masih ramai lagi belum tahu kewujudan band ini terutama peminat muzik bawah tanah di Malaysia, TARD mengambil inisiatif untuk mereleasekan semula  Etherial - Nustrany (Blasphemy) ini dalam bentuk CD di atas persetujuan line up.


Secara ringkasnya demo ini mengandungi 5 track iaitu

1. Skullfucking Christ
2. The Black Contritions
3. Judas Count
4. Ywarlal (The Sons of Satan)
5. Nustrany (Judas Blasphemy)

Bagi mendapatkan demo ini anda boleh menghubungi wakil kami MAN RABAXX atau ROCK ANGEL atau melalui page facebook TROOPER ART REGIME dengan harga RM15.00 (termasuk postage seluruh Malaysia)

TARD 22: Black Seed - Let The Thrashing Begin (Demo)

Black Seed sebuah band anak muda yang berasal daripada Sungai Udang Melaka. Band ini berkonsepkan Thrash Metal daripada acuan pengaruh mereka seperti Metallica , Sodom, Sepultura, Violator, Overkill dan Destruction (sebagai contoh) .  Barisan tentera Black Seed terdiri daripada Amy Blackseed (Vocal/Gitar), Basry Snakepit (Gitar), Cliff Hailblackseed (Bass) dan Apizz Madness (Drum) . Untuk maklumat lanjut mengenai band ini boleh merujuk di laman facebook mereka di SINI


Black Seed telah melahirkan material yang pertama berjudul Let The Thrashing Begin. Demo ini mengandungi  4 buah lagu termasuk 1 cover dari Battalion. Lagu-lagu tersebut adalah:
1) Destroy 'Em All
2) Blood Nation
3)United for Thrash
4) Headbangers (Battalion cover)

Rakaman demo ini telah dilakukan di Adam Studio Recording Melaka dan telah di terbitkan dalam bentuk audio cd oleh label Trooper Art Regime pada awal bulan ini.

Perkembangan terkini Black Seed akan beraksi di KL Thrashed 3 pada 1 September ini . Bagi yang berminat untuk mendapatkan demo / release sulung mereka ini boleh menghubungi  MAN RABAXX atau ROCK ANGEL atau menghubungi laman page facebook  TROOPER ART REGIME DISTRO.  Harga cuma RM 15.00 (termasuk kos postage seluruh Malaysia)

Monday 21 January 2013

Tribute To Silent Death


Silent Death sebuah lagenda death metal Malaysia yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sumbangan mereka terhadap persada underground Malaysia akan terus dikenang terutamanya bagi Arwah Stone dan Pink yang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Sejarah asal -usul band ini tidak perlu  diulas panjang namun anda boleh merujuk  DISINI bagi mengetahui susur galur band ni dari mula sehingga kelahiran album mereka yang terakhir Silent Kiss Of Death.

Ulasan lanjut menceritakan tentang release ini . Tribute album ini telah dikeluarkan oleh  METALZONEDISTRO yang telah lama beroperasi sebagai pengeluar dan pengedar album-album metal dinegara kita. Secara ringkasnya album melibatkan beberapa metal tanahair seperti Atomicdeath, Hellstorm, Guttural, Infernal Void, Shadow of Death, Visitant, Demizer, Storming Steels, Infernal Void, Corpse Reaper, Persistence in Mourning , Hell Thrash Horsemen, Zuriarts,  dan Vinir.




Album tribute ini turut memuatkan 2 track bonus yang dipetik daripada Dark Live Compilation 1993 (Devouring Judas dan Spellbound) yang bukan lagi asing bagi mengikuti perkembangan underground Malaysia sejak dulu lagi. Album Tribute ni lengkap sekali dengan poster bersaiz A3 dan hanya dikeluarkan dalam 1000pcs diseluruh Dunia.

Track-track yang ada dalam cd ini adalah sebagai penghormatan kepada  Silent Death semata-mata daripada band-band yang berdedikasi untuk turut serta menjayakannya. Track-track yang boleh mengembalikan kepada zaman kegemilangan Silent Death dimana kebanyakan dari kita membesar dengan lagu-lagu mereka adalah
1)  Atomic Death-Dying Moment,
2) Hellstorm - We Are Death
3) Guttural - Reign Of inferno
4) Visitant - Before The Sunrise
5) Shadow Of Death - Twisted Faith
6) Persistance In Mourning -Preacher of The Dark
7) Demizer - Book of Death
8) Storming Steels - Satanic Unity
9) Infernal Void - Inner Power
10) Corpsereaper - Armageddon
11) Hell's Thrash Horsemen - Morbid Massacre
12) Vinir- Your Time (Legend in Memorium)
13) Zuriarts - Spellbound
14) Devouring Judas(diambil dari Dark Live Compilation 1993)
15) Spellbound ((diambil dari Dark Live Compilation 1993)

Kehebatan band Silent Death tiada tolok bandingnya. Mereka antara penggerak awal muzik underground yang ketika itu cukup kecil komunitinya berbanding hari ni. Lebih menarik dalam band-band menyampaikan lagu-lagu Silent Death dengan cara mereka sendiri tanpa meniru secara bulat-bulat dari lagu asal yang dipersembahkan. Nyata Silent Death begitu sinonim apabila menyebut scene underground Malaysia. Oleh itu, sebagai metalheadbangers yang menghargai karya-karya Silent Death jadikan album tribute ini sebagai koleksi anda yang hebat bagi tahun 2013.

Album ini turut boleh didapati  di Trooper Art Regime Distro dengan menghubungi Rock Angel (012-6429431) atau Man Rabaxx (012-5371675) dengan harga RM30 (termasuk postage) segera. Hail Silent Death . Jasamu tetap segar dalam ingatan.

Inside -Hancur Betabur Hambur

Inside ada band yang muncul daripada Maar yang berasal dari Sabah. Sebelum ini telah melahirkan dua buah demo iaitu Darkness Begin 2000. dan Hellish Hate pada tahun 2005 . Untuk maklumat lanjut boleh merujuk DISINI.



Inside- Hancur Betabur Hambur adalah album live yang direkodkan pada 13 September 2011 (semasa tour Impiety) yang menampilkan lagu-lagu seperti:
1) Hempasan Kegilaan
2) Hate Fucking Hate
3) Mantera Pontianak (MAAR Cover)
4) Rocking Metalkoholic Demon
5) Eternal Fire.

Bagi yang  menyukai album live terutamanya peminat sound seperti rehersal atau sesebuah gig album ini pasti mengembalikan kenangan anda . Satu usaha yang baik dari band Inside untuk mengekalkan tradisi underground.

CD ini boleh didapati dengan harga RM10 (termasuk postage) dengan menghubungi Rock Angel (012-6429431) atau Man Rabaxx (012-6429431)

Sunday 20 January 2013

Necrotic Chaos- Black as the Insect

Sebuah band Brutal Death Metal yang berasal dari  Ipoh Perak yang ditubuhkan pada tahun 1992 . Band ini yang lahir dalam komuniti Ipoh Metal Militant ini bukanlah asing bagi peminat underground Malaysia.


Release ini dihasilkan pada tahun 2005 setelah beberapa material mereka telah dihasilkan  sebelum itu iaitu :
1) Promo tape - demo (1993)
2) Into Dark Desire - split with Demisor (1994)
3) Ipoh Metal Militant Supermacist- Split with Langsuyr/Athotorgh/Hayagriva/Profane Creation 1998
4) Splitting The Vulva -Split with Necrotic Chaos- (2002)
5) Regime The Grotesque - Full lenght - 2003


EP ini menampilkan 4 buah lagu berjudul
1) Black As The Insect
2) Its Depth  Unpeneterable
3) Immaterial Majesty
4) My Oath For Thee (Langsuyr Cover)

EP ini boleh didapati dengan harga RM15 termasuk kos postage dengan menghubungi Rock Angel (012-6429431)/ Man Rabaxx
012-5371675 segera. Terima kasih,

Sylbilassys- The Gate Of Hell (EP)

Sylbilassys merupakan band black/death yang berasal dari negeri Johor . Setelah sekian lama menyepi band ini akhirnya menghasilkan material mereka yang pertama berjudul -The Gate of Hell





Release ini telah dikeluarkan oleh  D.I.Y Gila Babi Production dengan Kerjasama Quatomyno Production datang dalam bentuk digipack.
Contoh promo bagi EP ini boleh didengar DISINI.






EP ini menampilkan 3 buah track iaitu
1-  A'war
2-  Wail
3 - Dasim

Berminat untuk dapatkan album ini boleh hubungi kami Rock Angel (012-6429431) / Man Rabaxx (012-5371675) dengan harga RM25.00 (termasuk kos pos).. Dapatkan Segera.

Ninjahatorry - Ninjahatorry (Self Tittle Album)

Ninjahatorry adalah sebuah band dari Depok Indonesia yang memainkan muzik fast thrash /hardcore punk yang ditubuhkan sekitar tahun 2003.  Band ini sangat  aktif dan telah mereleasekan beberapa material seperti:
1) Ninjahatorry - Self Title Album
2) Bleeding Radiation
3) Hardcore Strike Back
4) Today Is A Day
5) ... (tiga titik)
Release-release ini tidak lagi termasuk beberapa lagi beberapa split dan kompilasi telah diterbitkan.  Untuk maklumat lanjut mengenai band ini boleh merujuk  DISINI.


Release ini  menampilkan 20 track dalam pro-printed version. Track-track yang terlibat dalam self release mereka ini sendiri adalah
1- Born To Be Rebel
2- You...!
3- Me and My Holiday
4 - Mulutku Senjataku
5- Keringat dan Darah
6- Bumi
7- Freedom Day
8-United Different
9- Perilaku Menyimpang
10-Prepare For The Gigs
11-Fashion SHIT
12- Dunia Remaja
13- TxDxT
14- Loyality For Community
15- Kami Coba Luruskan
16- Anger Future
17- Manipulasi Akal
18- Sondang Jejakan Kuningan
19 -Living in the Fear
20 - Exploitation Bomb

Dapatkan segera album ini di Trooper Art Regime Distro dengan harga RM20.00 termasuk postage
Hubungi Rock Angel (012-6429431)/ Man Rabaxx (012-5371675) segera sebelum kehabisan. Terima kasih.

Hirax-New Age of Terror

Hirax bukanlah band yang asing terutamanya bagi peminat muzik thrash metal. Malahan pihak Trooper Art Regime sebelum ini pernah membuat sedikit ulasan mengenai sejarah band mereka (rujuk DISINI).




Hirax- The New Age of Terror merupakan album ke tiga bagi band yang berasal dari Cypress California ini. Album ini direkodkan pada tahun 2004 dan dikeluarkan oleh Black Devil Records pada tahun 2005 selepas band in melakukan reunion. Sebagai penghormatan kepada band ini, untuk  pasaran Malaysia album ini telah diedarkan oleh Metal Zone Distro.




Dalam album ni Hirax meneruskan identiti mereka dalam muzik mereka yang padat dan langsung tidak dipengaruhi trend semasa. Sememangnya untuk peminat muzik metal old school. Dalam album ini terdapat 11 yang sememang tidak akan menghampakan bagi peminat mereka yang mendahagakan muzik keras yang tiada batasan disamping lontaran vokal yang tidak boleh diragui kehebatannya



Track-track yang terlibat dalam album hebat ini adalah.
1) Kill Switch
2) Hostile Territory
3) The New Age Of Terror
4) Swords Of Steel
5) Into The Ruins
6) Massacre Of The Innocent
7) Hell On Earth
8) Suffer
9)El Dia De Los Muertos (The Day Of The Dead)
10) El Diablo Negro
11) Unleash The Dogs Of War (Open The Gates)

Contoh track yang terdapat dalam album ini boleh didengar DISINI

Album yang hebat ini kini boleh didapati di Trooper Art Regime dengan harga cuma RM30.00 (free postage) . Hubungi Rock Angel (012-6429431)/ Man Rabaxx (012-5371675) dan jangan pernah meragui kehebatan band ini.. Terima kasih.


Skinbasher - Punk Kapak

Skinbasher  sebuah band punk rock ditubuhkan pada tahun 1993 berpengaruhkan band-band seperti Metallica, Motorhead, Green day , Sexpistols dan pelbagai lagi band, Sebelum kelahiran album PunkKapak mereka telah melahirkan material iaitu :
1)1995 Hypertension (Demo)
2) 1999- Transglobal Confusssion (Album)
3) 2001- Mama Beta
4) 2009 -Infiniti
 Band ini telah mengalami beberapa kali pertukaran line up namun tidak pernah mematahkan semangat band mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah band ini anda boleh merujuk kepada page facebook mereka DISINI. Kelahiran material ke-lima ini membuktikan Skinbasher akan terus hidup. Material ini menyenaraikan track-track yang cukup baik dari segi sound production dan komposisi lagu walaupun ianya bukan muzik yang berat seperti muzik metal .

Track-track tersebut adalah
1) Gitar dan Congga (Feat Aca Shaqeera
2) Tentang Chinta
3) Dari Tuhan
4) Punk Kapak
5) Akupunktur
6) Kleptomania
7)Berjalan dalam Hujan
8) Dosa dan Pahala
9) Natesria
10) Runaway

Videoklip mereka boleh dilihat DISINI

Release ini adalah wajib bagi peminat muzik punkrock tanah air .Cd mereka hanya dijual dengan harga cukup berbaloi dengan hanya RM15.00 by post. Jika berminat untuk memilikinya boleh kontek kami Rock Angel 012-6429431 atau Man Rabaxx 012-537165 segera sebelum kehabisan!!!

Storming Steels / Obsessor - Ultimate Thrashing Demons

Band Storming Steel yang berasal dari Alor Setar Kedah terus kekal dengan irama thrash metal sehingga hari ini sejak kemunculan mereka 6 tahun lalu . Split ini merupakan material mereka yang keempat selepas The Twin Bestial Forces, Aggression Thrashing Fist dan Unholy Thrashing Savage. Untuk maklumat lanjut boleh merujuk DISINI atau berhubung dengan frontman  email thrashingfist@yahoo.com .
Sementara bagi Obsessor pula band yang berpaksikan irama Black/Thrash Metal dari Jerman ini adalah release mereka yang ketiga selepas Black Thrashing Blasphemy dan Blitzkrieg Batallion. Sebuah band yang tegar dengan muzik ini berpengaruhkan band-band seperti Hellhammer , Old Destruction, Sodom., Aura Noir dan lain-lain lagi (sebagai contoh). Untuk maklumat lanjut mengenai band ini boleh merujuk kepada halaman facebook mereka DISINI


Split ini telah dikeluarkan oleh Metal Zone Distro yang boleh dihubungi melalui email rasmi :metalzonedistro@yahoo.com.my. Secara umumnya split album ini mengandungi 15 track termasuk 4 buah lagu cover daripada Hellhammer, Destruction, Sepultura dan Silent Death sebagai tanda penghormatan kepada band-band tersebut. Turut memuatkan 2 track live oleh Obsessor yang semestinya akan memberikan kepuasan maksimum kepada headbangers


Split ini membariskan track-track yang tidak dinafikan akan mengajak pendengar headbanging secara automatik tanpa disuruh . Track-track tersebut adalah
 Obsessor:
1) Inquisitor
2) Speed Metal Slaugther
3) Black Death
4) Call of the Baphomet
5) The Third of Storms (Hellhammer cover)
6) Steel Attack (live)
7) Blessed By Torment (live)

Storming Steels
8) Satanic Thrashing Rites
9)Storming of Steel
10) Demons of Darkness
11) Merciless Sacrifice
12) Violence Steel of Damnation (Overlords of Evil)
13) Invicible Force (Destruction cover)
14) Antichrist (Sepultura cover)
15) Satanic Unity (Silent Death cover)

Contoh track daripada split ini boleh didengar DISINI bagi Storming Steels dan untuk band Obsessor boleh di dengar DISINI

Release ini tidak perlu diragui lagi kehebatannya apatah lagi yang mengikuti pekembangan muzik old school thrash metal. Split ini turut didistrokan di Trooper Art Regime distro dengan harga RM20,00 (Termasuk). Dapatkan segera sebelum menyesal tak sudah!!

Ifrid- When Demise Come To Northern (TARD 21)

Ifrid sebuah band black metal dari Sumatera Padang Indonesia ditubuhkan pada tahun 2003. Merupakan salah satu kuasa besar muzik black metal di Indonesia terutamanya kerana persembahan mereka yang benar-benar mantap dan menghiburkan. Untuk melihat sejarah asal usul dan susur galur perjalanan Ifrid anda boleh merujuk DISINI.


Berbalik kepada EP ni, ianya merupakan rilisan semula yang dikeluarkan semula.  oleh Trooper Art Regime Distro setelah mendapat kebenaran dari pihak Bingkuang Hitam Production (Abenk Black Magic -Ifrid)  khususnya untuk pasaran Malaysia. Band ini turut terlibat dalam kompilasi Born In Darkness Vol.5 (Rujuk SINI) .


EP ini mengandugi 5 track yang amat kemas penyusunan muzik dan amat mantap mutu sound production mereka. Tambah menarik EP ini menampilkan vokalis wanita Icha sebagai vokalis undanagan 5 track tersebut adalah:
1) Litany of Darkness
2) Sunday Suck 041226
3) Turn of Change
4) B.S.D
5) Lust Tradition Belial




Contoh track boleh di dengar DISINI. Dapatkan segera album EP ini yang nyata amat berbaloi dengan pelaburan anda cuma RM20.00 termasuk kos postage.  Hubungi Man Rabaxx (012-5371675) dan Rock Angel (012-6429431) segera.