THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 11 July 2013

Bvrtan/Triumph Ov Fire - Nightside Eclipse -Split (TARD 25)


Bvrtan (Buruh Tani) adalah sebuah band black metal bertemakan kehidupan, aktiviti, misteri dan kesengsaraan golongan petani yang berasal  dari Depok Jawa Timur Indonesia ditubuhkan sekitar tahun 2011. Band ini dianggotai oleh Pak Kades (vocal), Tvkang Pacvl (Drum) dan Kvli Arit (Bass) amat aktif dalam menghasilkan material.


Sehingga kini material/release yang telah dihasilkan adalah seperti berikut:

1) 2011 - Savvah Penderitaan -Single
2) 2011 - Sartinem (Bvrtan vs Taake) -Split
3) 2011 - Pemuja Sawah Tebu -EP
4) 2011 - Koperasi Kegelapan -EP
5) 2011- Sartinem -EP
6) 2011 - Pesta Hitam Rakyat Kegelapan - Split
7) 2012 - Savvah Penderitaan - Full Length
8) 2012- Bvrtan/Straight Answer - Split
9) 2012 -Meranaers, Nelongsoers, Nesvers - Full Length
10) 2013 -Kvmpvlan Jeritan Derita Jiwa dan Raga -Compilation
11) 2013 - Derita Rocker Kampvngan - Split.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai band ini bolehlah merujuk kepada laman facebook mereka DISINI.


Sementara Triumph Ov Fire band yang berkonsepkan Melodic Black Metal berasal dari Sungai Udang Melaka ditubuhkan pada tahun 2010. Band ini kini aktif dalam mengadakan tour di Indonesia dan sehingga kini dalam proses melahirkan Full Length mereka yang pertama yang masih belum diberikan judul. Band ini dianggotai oleh :


Rock Angel - Mouthpiece Summoning ov Horror (Vocal)
Erik666- Ravening Black Masscare - (Gitar)
Tetrasiel- Darkness Rhythm Heart- (Gitar)
Jaadi - Darkhat Northurn Manifesto (Bass)
Black Orchivus- Key Ov Thy Damnation (Keyboard)
Leviathan - Inferno Hellhammer - (Drum).

Maklumat lanjut mengenai Triumph Ov Fire boleh dirujuk DISINI



Sehingga kini mereka telah menghasilkan beberapa material seperti:

1- 2010- Promo - Story Ov Your Roses And Meditation - 
2- 2010- Sounds Of Anastasha Compilation -
3- 2010- In The Name Of Black Principle - (Ist Mini E.P) - 
4- 2011- Where The Journey Begins - (Dvd) - 
5- 2011- Born In Darkness Compilation Vol.4 
6- 2011- 2nd Edition 1st Ep In The Name Of Black Principle 
7- 2013 - In The Name of Black Principle (Fuck The Industry Japan) - Cd and Tape Version
8- 2012- Sathanic Holocaust Trooper Compilation (Qalaqas Black Art Production)

9- 2012- Triumph Ov Fire (Live In Hell City )


Split Bvrtan /Triumph Ov Fire adalah release terkini bagi kedua-dua band yang telah direalisasikan oleh label Trooper Art Regime pada 10 Julai 2013. Tujuan split ini dilahirkan adalah sebagai tanda perhubungan persahabatan yang terjalin di antara dua negara (Malaysia dan Indonesia) dan sebagai menghormati perjuangan band masing-masing walaupun cara serta klasifikasi muzik adalah berbeza (walaupun dalam genre black metal). Perbezaan tersebut bukanlah halangan bagi kedua-dua band untuk bekerjasama malah perbezaan tersebut mewujudkan rasa hormat antara satu sama lain.


Split ini memuatkan 14 track keseluruhan (Bvrtan/ Triumph Ov Fire masing-masing menyumbangkan 7 track. Split ini turut mempertaruhkan 2 buah lagu terbaru Triumph Ov Fire yang bakal dimuatkan dalam full lenght mereka . Susunan track untuk split ini adalah seperti berikut.

01-Enchanted Beauty Ov Divinity -Triumph Ov Fire
02 -Pacvl Pvsaka Dari Pak Kades - Bvrtan
03 - In The Name Of Black Principal - Triumph Ov Fire
04 - Lvka Hati Seorang Ketva Kelompencapir - Bvrtan
05- Haunted  Wood - Triumph Ov Fire
06-  Derita Sartinem Istri Bvrvh Tani Yang Menjadi TKW part I-Bvrtan
07 - Circle Ov The Tyrant - Triumph Ov Fire
08 - Menantv Biadab Dari Neraka Yang Sangat Dimvsvhi Ibv Mertva- Bvrtan
09 - Story Ov Rose - Triumph Ov Fire
10 - Tragedi Kegelapan Dalam Serangan Tikvs Ke Sawah Kami-Bvrtan
11-  Intro 2013 (New Song) - Triumph Ov Fire
12 -Tengkvlak Biadab Dari Neraka - Bvrtan
13 -The True Triumph Ov Fire (New Song) - Triumph Ov Fire
14 -Koperasi Kegelapan Yang Memonopoli Ekonomi Pedesaan - Bvrtan


Untuk 50 orang pembeli utama akan mendapat mini poster secara percuma. Split ini boleh di dapati dengan harga RM 25.00 (termasuk kos postage seluruh Malaysia). Untuk mendapatkannya boleh menghubungi Man Rabaxx (012-5371675) atau Rock Angel (012-6429431) dengan kadar segera sebelum kehabisan stock. Bagi peminat terutama pengemar muzik black metal ini adalah release untuk anda jadikan koleksi emas anda..

Wednesday 10 July 2013

Diemocrusht - Kill Dictator (Mini EP)


Diemocrusht sebuah band dari Pasir Gudang Johor berkonsepkan death metal ini telah melahirkan demo mereka berjudul Lubang Api pada tahun 2011. Band ini dianggotai oleh barisan pejuang tegar terdiri daripada Rafi (Dram), Ilm (Gitar), Meedi (Gitar) dan Kill (Bass dan Vocal). Untuk maklumat lanjut, Diemocrusht boleh dihubungi di Facbook mereka DISINI

Kesinambungan perjuangan mereka diteruskan dengan lahirnya Mini EP berjudul Kill Dictator. Album mini ep ini memuatkan 4 track yang kemas dari segi penyusunan muzik iaitu
1) Kill
2) Untill I Die
3) Bloodsucker
4) Kill Dictator, Fuck You Go To Hell.

Mini EP ini dikeluarkan oleh Middle Finger Production dan turut didistrokan di Trooper Art Regime sebagai usaha berterusan membantu band-band tempatan.

 Mini EP ini hanya berharga RM15.00 (termasuk kos postage seluruh Malaysia). Berminat boleh menghubungi Man Rabaxx (0125371675) atau Dani (0126429431) sebelum kehabisan. Support our local act!

Tuesday 9 July 2013

TARD 24: Hafyukal - Sumangat Tok Janggut (EP)


Band yang berkonsepkan Culturalisca Folk Metal  dianggotai oleh Panglima Kandak (Vocal/Bass), Panglima Dewata (Gitar) dan Panglima Sireh (Dram). Hafyukal secara amnya telah melahirkan material seperti berikut:

1) Promo - Amalan Pemandian Keris - 2012
2) Split  - Hafyukal vs Harlotnymph  -Pertempuran Daeng - 2013
3)  EP  - Sumangat Tok Janggut  - 2013


EP ni telah dikeluarkan dalam bentuk CD oleh label kami. EP ini mengandungi 4 track iaitu:

1) Introduction
2) Amalan Pemandian Keris
3) Sumangat Tok Janggut
4) Perjalanan Saudara.

Rakaman vocal bagi EP ini telah dilakukan di Mayhem Studio Subang dan Hafyukal boleh dihubungi melalui email mereka hayfukal@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Bagi mendapatkan EP ini pula boleh berhubung dengan MAN RABAXX atau ROCK ANGEL dengan harga RM13.00 (tambah RM5.00 untuk kos postage seluruh Malaysia)

TARD 23: Etherial - Nustrany (Blasphemy)

Etherial sebuah band raw black metal tertua di Jasin Melaka yang lahir pada tahun 1995. Band ini telah melahirkan  demo rehearsal mereka yang pertama pada tahun 1997 berjudul Rihulahmat. Seterusnya pada tahun 1998 mengeluarkan demo berjudul Painland . Namun mula menyepikan diri seketika disebabkan pertukaran lineup dan komitmen lain yang perlu diutamakan.

Setelah sekian lama mendiamkan diri mereka mereka melahirkan material yang seterusnya berjudul  " In The Name pada tahun 2009.  Selepas itu Etherial -Nustrany (Blasphemy) telah dilahirkan oleh Music Garage Production pada tahun 2010 sebagai kesinambungan mereka dalam muzik bawah tanah.


Barisan pejuang terkini untuk Etherial terdiri daripada:
Modgan (Vocal/Gitar)
Lunatic Butcher (Bass)
Thor Hammer (Drum)


Memandangkan masih ramai lagi belum tahu kewujudan band ini terutama peminat muzik bawah tanah di Malaysia, TARD mengambil inisiatif untuk mereleasekan semula  Etherial - Nustrany (Blasphemy) ini dalam bentuk CD di atas persetujuan line up.


Secara ringkasnya demo ini mengandungi 5 track iaitu

1. Skullfucking Christ
2. The Black Contritions
3. Judas Count
4. Ywarlal (The Sons of Satan)
5. Nustrany (Judas Blasphemy)

Bagi mendapatkan demo ini anda boleh menghubungi wakil kami MAN RABAXX atau ROCK ANGEL atau melalui page facebook TROOPER ART REGIME dengan harga RM15.00 (termasuk postage seluruh Malaysia)

TARD 22: Black Seed - Let The Thrashing Begin (Demo)

Black Seed sebuah band anak muda yang berasal daripada Sungai Udang Melaka. Band ini berkonsepkan Thrash Metal daripada acuan pengaruh mereka seperti Metallica , Sodom, Sepultura, Violator, Overkill dan Destruction (sebagai contoh) .  Barisan tentera Black Seed terdiri daripada Amy Blackseed (Vocal/Gitar), Basry Snakepit (Gitar), Cliff Hailblackseed (Bass) dan Apizz Madness (Drum) . Untuk maklumat lanjut mengenai band ini boleh merujuk di laman facebook mereka di SINI


Black Seed telah melahirkan material yang pertama berjudul Let The Thrashing Begin. Demo ini mengandungi  4 buah lagu termasuk 1 cover dari Battalion. Lagu-lagu tersebut adalah:
1) Destroy 'Em All
2) Blood Nation
3)United for Thrash
4) Headbangers (Battalion cover)

Rakaman demo ini telah dilakukan di Adam Studio Recording Melaka dan telah di terbitkan dalam bentuk audio cd oleh label Trooper Art Regime pada awal bulan ini.

Perkembangan terkini Black Seed akan beraksi di KL Thrashed 3 pada 1 September ini . Bagi yang berminat untuk mendapatkan demo / release sulung mereka ini boleh menghubungi  MAN RABAXX atau ROCK ANGEL atau menghubungi laman page facebook  TROOPER ART REGIME DISTRO.  Harga cuma RM 15.00 (termasuk kos postage seluruh Malaysia)